Sha Hanim Ramli adalah penulis novel sejarah yang saya sangat minati. Seperti sama apa yang tertanam dalam hati, terungkai perlahan-lahan, di setiap baris ayat yang ditelusuri seolah-olah kita mengalaminya sendiri.

Saya merasakan naskah-naskah ini boleh dan patut dijadikan buku teks Bahasa Melayu seperti novel Julia dan Perlumbaan kedua dulu (SPM 2001). Kita juga didedahkan dengan sejarah negara kita.

Jika anda berminat boleh la memesan terus dari penulis dengan melayari FB beliau iaitu Sha Hanim Ramli.

woha!

Itu adalah tagline beliau. Beliau adalah Hamka Kereta Mayat. Kalau anda suka kelakar, tapi dalam masa yang sama ingin mempelajari selok belok rumah tangga, hidup bermasyarakat, tarbiah sentap, ini bukunya.

Jika pembaca bertanya, berapa banyak buku yang Hamka tulis? Ada (11) SEBELAS, iaitu:
  1. Permata Yang Hilang kini dijumpai
  2. Kamar Sutera
  3. Semusim di Syurga
  4. Semusim di Neraka
  5. Kisah Laki Bini
  6. Kisah Anak Bini
  7. Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha
  8. Aku, Almond London dan Gay
  9. Satu, Gabungan 4 penulis, Saya menulis cerita Satu Bini.
  10. Buku Terakhir Tentang Hantu
  11. Ebook Kisah Laki Bini di bulan Puasa.

Hamka Kereta Mayat

Illya Abdullah adalah seorang penulis thrill seram, antara yang mendapat tempat di hati saya. Buku favourite saya ialah Mannequin. Kisah mengenai patung mannequin yang dibuat menggunakan jasad manusia. Rating buku favourite saya ini ialah 7.5/10. Lain – lain buku yang menarik ialah Qarin, Projek Seram Cermin, Projek Seram Pulau dan Projek Seram Hostel.