Apabila perut bekeroncong ingin makan nasi arab, maka kami berbondong bondong ke Nasi Arab Kaki Gunung Cafe, menikmati nasi arab “Citarasa tekak orang Melayu”. Harga yang berpatutan dan sedap. Setiap kali ke sini, menu kegemaran saya ialah Nasi Arab Kambing, tambah kambing, dan Coconut Shake.

Selepas selesai, boleh terus mendaki Gunung Raya (memandu kereta) sampai ke puncaknya untuk melihat permandangan Langkawi dan menghirup udara sejuk dan nyaman.

UNTUK COD boleh hubungi:

0174066176 Tuan Haji Bakri
0182469645 Tuan Haji Nizam
049591179  Cafe

Untuk maklumat lanjut boleh melayari FB Nasi Arab Kaki Gunung Cafe

Selepas penat membeli belah pinggan mangkuk dan coklat di HIG, bolehlah melepaskan dahaga di gerai minuman yang terdapat di HIG FoodCourt iaitu KingKong Fresh Mango Juice. Booth ini menyediakan minuman dari buah mangga, yang diminum segar, menyegarkan tekak.

Kata owner KingKong Fresh Mango Juice;

kami ingin berterima kasih kepada pengunjung- pengunjung dan pelanggan-pelanggan yang telah datang dan mengunjungi  KingKong Fresh Manggo Juice Langkawi kami. Yang pasti, produk kami lain dari yang lain.

Waktu Operasi :

🕧12:30pm – 🕤09:30pm
Setiap Hari

 

Lokasi kami 🚘
Outdoor Food Court ,Kompleks HIG, Pekan Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.

FB Kami KingKong Fresh Mango Juices

Teruskan sokongan anda.
Kami komited memberikan
yang terbaik untuk pelanggan kami.

Aamiin Ya Rabbal Alamin …

T E R I M A_ K A S I H .

Cuba dulu, baru tau!!!
“Try it you will never forget”

Sha Hanim Ramli adalah penulis novel sejarah yang saya sangat minati. Seperti sama apa yang tertanam dalam hati, terungkai perlahan-lahan, di setiap baris ayat yang ditelusuri seolah-olah kita mengalaminya sendiri.

Saya merasakan naskah-naskah ini boleh dan patut dijadikan buku teks Bahasa Melayu seperti novel Julia dan Perlumbaan kedua dulu (SPM 2001). Kita juga didedahkan dengan sejarah negara kita.

Jika anda berminat boleh la memesan terus dari penulis dengan melayari FB beliau iaitu Sha Hanim Ramli.

Tempat: Pantai Cenang

Pantai Cenang merupakan tempat yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Selain mandi -manda pengunjung juga boleh bermain water sport seperti Jetski, Banana Boat dan para sailing. Terdapat banyak hotel, motel dan chalet di kawasan ini. Kawasan Pantai Cenang sangat padat dengan hotel, motel, chalet, kedai, restoren, Mall dan pelbagai lagi. Kawasan ini sangat aktif pada waktu malam.

Harga makanan dan minuman di kawasan ini sangat tinggi terutama pada musim cuti sekolah dan musim perayaan. Anda boleh bergerak keluar dari kawasan ini ke Padang Matsirat yang hanya 15 minit dari sini untuk mencari restoran yang lebi berpatutan.

Saya jarang sekali ke sini kerana kesesakan dan tiada tempat parking kereta. Kerja menaiktaraf jalan juga sedang dijalankan.

Tempat perlancongan yang boleh dilawati di sini ialah Underwater World Langkawi dan Laman Padi Langkawi.  Selain itu, anda boleh pergi melawat pulau-pulau atau Island Hoping dari sini. Pulau yang boleh dilawati ialah Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting.

  1. Penggemar kari kepala ikan dan kari ikan yang dihidangkan panas-panas.
  2. Terletak di bersebelahan bulatan Airport iaitu hanya lebih kurang 200meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  3. Dibuka dari jam 6:00 petang – 12:00 malam.
  4.  Facebook Halim GP Halim GP
  5. Kena cepat kerana ramai pelanggan.

woha!

Itu adalah tagline beliau. Beliau adalah Hamka Kereta Mayat. Kalau anda suka kelakar, tapi dalam masa yang sama ingin mempelajari selok belok rumah tangga, hidup bermasyarakat, tarbiah sentap, ini bukunya.

Jika pembaca bertanya, berapa banyak buku yang Hamka tulis? Ada (11) SEBELAS, iaitu:
  1. Permata Yang Hilang kini dijumpai
  2. Kamar Sutera
  3. Semusim di Syurga
  4. Semusim di Neraka
  5. Kisah Laki Bini
  6. Kisah Anak Bini
  7. Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha
  8. Aku, Almond London dan Gay
  9. Satu, Gabungan 4 penulis, Saya menulis cerita Satu Bini.
  10. Buku Terakhir Tentang Hantu
  11. Ebook Kisah Laki Bini di bulan Puasa.

Hamka Kereta Mayat

Illya Abdullah adalah seorang penulis thrill seram, antara yang mendapat tempat di hati saya. Buku favourite saya ialah Mannequin. Kisah mengenai patung mannequin yang dibuat menggunakan jasad manusia. Rating buku favourite saya ini ialah 7.5/10. Lain – lain buku yang menarik ialah Qarin, Projek Seram Cermin, Projek Seram Pulau dan Projek Seram Hostel.